post ini ditulis setelah hampir puas kami membincangkan topik tentang kaum yang lagi satu tu.tapi, terus terang saya cakap ini bukan kali pertama kami borak pasal benda ni dan yang paling penting juga, bukan kali terakhir.esok lusa pun kami boleh borak lagi..menarik sangat ke topik ni..=.='..
dan apa yang buat saya lagi tertarik nak join dorang borak adalah kerana saya sedang memerlukan satu jawapan.nak tak nak kena gak fikir.kalau x, esok lusa boleh menyesal, dan saya tak rasa saya boleh dapatkan jawapan yang sebenar tanpa bertanyakan pendapat orang lain.
mula-mula tu, macam biasa la, sorang-sorang cerita hal masing...yang saya paling suka statement ni.kawan saya baca dalam novel he's just not that into you,author tu sendiri tulis, kaum lelaki ni fikir simple je, kalau dia betul-betul suka perempuan tu, memang dia suka la tu, kiranya yang perempuan ni x payah la nak fikir banyak-banyak, if he likes you, then he will make a move.so, kiranya kalau x de pape berlaku tu, maknanya, sah la kan dia tak suka kamoo.
seee, simple je..
tak macam kita, perempuan ni, suka fikir banyak-banyak, pastu emo2 sendiri..grrr...
seterusnya, seperti biasa, semua orang impikan pasangan masing-masing dan dari situla kami mula terfikir untuk berpasang-pasangan...
persoalannya kat sini, kami ni pelajar medic, belajar hampir 6 tahun kat negara orang, balik-balik malaysia je, dah kena buat housemanship la, itu la, ini la...jadi bilanya tu nak bertemu jodoh..
kalau ada sapa2 terfikir, "kenapa tak cari je student2 lelaki kat u kamu tu?"
ni sebabnya :
1. nama pun belajar medic, so, yang lelaki nya adalah dalam 3,4 ketul
2. dah la 3,4 ketul, separuh drpd mereka dah berpunya dah pun
3. yang single-single tu pulak, banyak la pilihannya, kiranya, kite ni bukan la pilihan mereka *senang cite, dorang x minat kite pun la*
jadi, penyelesaiannya, kami ada dua pendapat yang berbeza :
1. zaman sekarang, kita, perempuan dah kena mulakan langkah, dah kena start cari, tak perlu tunggu yang si lelaki tu...kalau x , sampai bila pun, x kemana la kamoo..
lebih-lebih lagi kami, pelajar medic, dari sekarang dah kena pasang satu..nanti senang, habis belajar, dah boleh terus kahwin.maka, terus terang je, kalau dah suka, bagitahu je si dia.
2. banyak masa lagi, 6 tahun, macam-macam boleh berlaku, macam-macam lagi orang kita boleh jumpa,kalau daripada sekarang dah pasang satu..esok lusa kita tak tahu apa boleh jadi.kita, mungkin boleh setia,tapi, si dia, kita tak tahu. jadi, tunggu je la, bila tiba masanya , muncul juga jodoh yang satu tu.
aigooo, ni yang saya lemah ni, mana satu la yang saya patut ikut ni...kalau fikir-fikir balik, rasa rugi la juga...dah la kita memang suka dia..
tapi bila saya fikir dalam-dalam, explain satu-satu, saya dapat rasa tindakan saya yang satu ni betul.yes, i won't probably say no, but this is'nt just the time for me to say yes.
banyak masa lagi..dan dalam jangka masa yang panjang itu, saya sepatutnya berdoa kepada Dia agar memberikan saya jodoh yang terbaik...jadi, sekarang ni, x banyak yang saya mintak, cukup sekadar dia memahami.